AJARAN CONFUCIUS PDF

Isa Ma Apakah ajaran utama dalam konfusianisme? Sebelum Konfusius lahir, masyarakat tradisional Cina mengalami kekacauan. Pemerintah menerapkan sistem otoriter dan feudalisme. Selain itu, terjadi perang antara satu dinasti dengan dinasti yang lainnya.

Author:Fautaxe Meztilkree
Country:Liechtenstein
Language:English (Spanish)
Genre:Video
Published (Last):7 November 2015
Pages:196
PDF File Size:7.6 Mb
ePub File Size:14.81 Mb
ISBN:376-6-32611-218-9
Downloads:60525
Price:Free* [*Free Regsitration Required]
Uploader:Mezitaxe



Confucius Ajaran Konfusianisme ini telah di bawa oleh Confucius. Nama sebenar beliau ialah Kung Chui iaitu Kung merupakan nama keluarga beliau dan Chui merupakan nama sebenar beliau. Selain nama tersebut, beliau juga mempunyai banyak gelaran lain antaranya Tuan Kung. Beliau lebih terkenal dengan gelaran Tuan Kung ini. Beliau telah dilahirkan pada sekitar tahun S. Pada hari ini negeri Lu terletak di wilayah Shantung.

Confucius meninggal dunia pada tahun S. Beliau berasal daripada keluarga bangsawa di negeri Sung. Namun demikian, keadaan huru-hara dan peperangan semasa akhir zaman dinasti Chou Barat telah menyebabkan keluarga beliau menjadi miskin. Nasib Confucius bertambah malang apabila ayahnya meninggal dunia ketika beliau berusia tiga tahun. Dengan itu, ibu beliau menjadi orang yang penting dalam membesarkannya.

Ketika itu, beliau terpaksa berhadapan dengan kehidupan yang sangat susah. Beliau berkahwin ketika beliau berusia 19 tahun. Minat Confucius terhadap ilmu pengetahuan mulai terserlah ketika beliau berusia 15 tahun. Namun pada masa itu peluang untuk orang biasa bagi mendapatkan pendidikan amat sukar kerana pendidikan menjadi hak golongan bangsawan dan keluarga diraja.

Walau bagaimanapun, Confucius merupakan seorang yang rajin dan tidak kenal erti putus asa lalu beliau telah mencari jalan dan berusaha untuk mendapatkan pendidikan.

Peluang beliau nampaknya cerah apabila beliau telah diterima bekerja dengan golongan bangsawaan. Dari situ, beliau telah dapat mengenal sistem kerajaan China kuno serta dapat memasuki istana raja dan dari situ juga bermulalah perjalanan hidup beliau untuk belajar mengenai perihal kehidupan yang sebenar. Semasa bekerja dengan golongan bangsawan tersebut, beliau telah diberikan jawatan penjaga gudang yang juga merupakan jawatan pertama beliau. Dengan usaha keras beliau serta kerajinan yang ditunjukkan dalam pekerjaan beliau, beliau telah dinaikkan pangkat menjadi Pesuruhjaya Taman dan Herba.

Nasib Confucius seterusnya bertambah baik apabila beliau telah dilantik pula sebagai ketua polis di Jabatan Kehakiman Negeri Lu. Oleh kerana cintanya terlalu mendalam terhadap pendidikan, beliau secara sukarela telah meletak jawatan daripada menjadi ketua polis tersebut dan berusaha mengambangkan idea-idea beliau kepada masyarakat Cina.

Kebolehan beliau menjadi pengajar telah terbukti dengan bakat yang ada dalam bidang kesenian. Beliau dianggap sebagai seorang yang mempunyai bakat yang pelbagai dalam bidang tersebut.

Hal ini disokong pula oleh latar belakang kehidupannya yang mampu meyakinkan masyarakat sekeliling dengan ajarannya. Ramai keluarga bangsawan telah tertarik dengan idea-idea yang dikemukakan oleh beliau lalu menghantar anak-anak mereka untuk berguru dengan Conficius.

Beliau telah dikenali sebagai guru persendirian yang pertama yang dapat menarik ramai orang untuk berguru dengannya. Seramai kira-kira orang yang telah tertarik dengan idea-idea yang telah diutarakan oleh beliau.

Beliau juga telah berusaha untuk mengembangkan lagi idea-idea beliau dengan merantau ke seluruh pelosok China. Selama 13 tahun beliau telah mengembara ke seluruh pelosok China untuk mencari pemimpin yang ingin mengikut nasihat dan idea-ideanya namun usaha yang di lakukan sering menemui kegagalan.

Walau bagaimanapun, kegagalan tersebut tidak mematahkan semangat beliau untuk meneruskan lagi usaha beliau itu. Setelah beliau meninggal dunia, ajaran beliau mulai mendapat tempat di kalangan penduduk China danjuga pemerintah China sehingga kini.

Ajaran yang di bawa oleh Confucius bukanlah ajaran agama. Akan tetapi beliau telah menyebarkan ajaran yang lebih menjurus kepada soal kehidupan sosial manusia sesama manusia. Beliau juga tidak pernah mengkaji mengenai kematian atau sebarang perkara yang melibatkan kematian atau ilmu ghaib. Ajaran konfusianisme menekankan bahawa manusia agung mestilah mempunyai sifat yang tetap penuh dengan perasaan kasih sayang dan segala pergerakannya bebas daripada penyelewengan dan sifat kekerasan.

Mereka yang mempunyai sifat yang sedemikian ini akan dianggap sebagai seorang yang mempunyai peribadi yang agung dan budiman serta dikenali sebagai Chun Tze. Chun Tze merupakan matlamat utama dalam ideologi kemanusiaan Konfusianisme. Semua manusia berpotensi untuk menjadi Chun Tze iaitu orang yang berpendidikan tinggi.

Dalam karya Lun Yu Analects turut menjelaskan bahawa kelas Chun Tze tidak dianggap sebagai satu kelas yang boleh diwarisi. Akan tetapi,seseorang itu herus berusaha untuk mencapai kelas Chun Tze.

Maka seriap orang perlu dan harus mencuba untuk mendapatkan kelas Chun Tze. Seseorang Chun Tze juga tidak bercakap banyak, tidak suka menonjolkan diri, tidak bersikap bongkak dan sombong serta tidak mementingkan diri sendiri.

Matlamat yang seterusnya ialah ketaatan. Kepatuhan dan ketaatan kepada nenek moyang ini menjadi asas kepada sifat dan peraturan untuk berakhlak baik Wu Chang yang menjadi ajaran Kung. Dalam hal ini, persoalan kepercayaan kepada benda ghaib atau roh-roh itu bukan menjadi tumpuan utama, sebaliknya penghormatan dan ketaatan kepada adat-adat, upacara, peraturan dan nasihat yang telah ditinggalkan oleh orang-orang bijaksana nenek moyang terdahulu.

Selain itu, ketaatan kepada ibu bapa sangat berkait rapat dengan ketaatan kepada nenek moyang. Ini kerana, ketaatan anak kepada ibu bapa itu berlaku secara berterusan sama ada ketika ibu bapa itu hidup sehingga mereka mati.

Ketaatan yang dimaksudkan oleh Kung bukan sahaja takut semata-mata kepada ibu bapa, tetapi hormat dan membahagiakan ibu bapa itu adalah ketaatan yang sempurna.

Secara umumnya, ajaran Confucius menekankan tentang kualiti peribadi manusia seperti kesopanan, kejujuran, menghormati kebaikan, keamanan,menghormati, berbudi pekerti yang tinggi dan bertanggungjawab. Oleh itu, tumpuan ajarannya adalah tentang soal moral. Pada suatu ketika, beliau pernah menyatakan bahawa perlantikan pegawai kerajaan haruslah berdasarkan kebolehan dan sifat moral yang dimiliki oleh seseorang dan bukannya berdasarkan sistem warisan seperti keluarga bangsawan.

Perkara inilah yang telah beliau ajarkan kepada pengikut-pengikutnya. Sebagai guru, beliau juga berpendapat bahawa menjadi tanggungjawab beliau untuk menjelaskan kepada pengikutnya tentang warisan budaya kuno yang diamalkan oleh pembesar-pembesar. Oleh sebab itu, Confucius cuba mendekati pengikutnya berhubung dengan adat dan istiadat serta norma lama untuk dihayati dan diteruskan oleh pengikutnya. Beliau berpendapat bahawa mesyarakat Cina harus mengamalkan ajaran lama yang telah diturunkan dari Zaman Keemasan China.

Pada pendapat beliau, dengan mengamalkan semua amalan lama maka sifat manusia akan dapat ditamadunkan dan memberi suatu tatacara dalam kehidupan bermasyarakat.

Berkenaan dengan perkara itu, Confucius dengan rendah hati menyatakan bahawa beliau bukannya pencipta dan beliau sendiri banyak kekurangan.

Oleh itu,sebagai seorang yang mempunyai idea yang bagus maka beliau adalah seorang guru. Ren telah menjadi asas kepada ajaran Konfusianisme dan telah ditulis dan disebut sebanyak kali dalam buku Analects.

Konsep ini amat penting dan telah diterapkan dalam hubungan kemasyarakatan di China bagi mencapai keharmonian dan kelancaran pentadbiran kerajaan. Konsep ini boleh diserap kepada sesbuah masyarakat seperti xiao yang menanamkan perasaan kasih sayang kepada ibu bapa.

Bagi mempraktikkan konsep ren, pengikut Confucius juga disarankan supaya mengamalkan konsep Chung dan Shu. Konsep ini melengkapi antara satu sama lain. Chung bermaksud membuat sesuatu kepada orang lain yang kamu suka untuk kamu sendiri. Manakala Shu pula bermaksud jangan berbuat sesuatu kepada orang lain yang kamu tidak sukabuat untuk diri kamu sendiri.

Ajaran yang seterusnya ialah kepentingan berpegang kepada nama. Confucius juga menggesa masyarakat cina supaya menekankan kepentingan seseorang itu berpegang kepada nama mereka kerana bagi beliau, nama tersebut membantu perjalanan masyarakat dengan lebih sempurna dan teratur.

Dengan mengamalkan ajaran tersebut, seseorang raja harus bertindak sebagai raja,para pembesar bertindak sebagai pembesar, bapa sebagai seorang bapa dan anak sebagai seorang anak. Sesuatu nama tersebut akan memberi kesan dan pengaruh yang tersendiri dalam masyarakat dan negara. Dalam hubungan masyarakat, sesuatu nama tersebut mempunyai tanggungjawab dan tugasnya yang tersendiri.

Sesebuah negara pula disarankan agar ditadbir secara bermoral dan bukannya menggunakan undang-undang ataupun kekuasaan. Oleh itu, para pemerintah hendaklah mempunyai nilai moral yang tinggi untuk memerintah sesebuah negara dan boleh dijadikan sebagai contoh oleh rakyat. Konsep ren sangat penting bagi menjalankan pemerintahan tanpa kekerasan. Hal ini sangat di beri penekanan oleh Confucius dalam ajarannya. Confucius berpendapat bahawa jika seseorang pemerintah meletakkan nilai moral sebagai sesuatu pegangan yang paling penting, maka rakyat akan mengikut jejaknya dan secara tidak langsung undang-undang yang bercorakkan kekerasan tidak lagi diperlukan.

Confucius menyatakan bahawa pemerintah umpama angin yang bertiup dan rakyat umpama rumput. Jika angin itu bertiup maka rumput sudah pastinya akan tunduk. Hal ini dapat dikaitkan dengan situasi pemerintahan di sesebuah negara yang dikendalikan oleh para pemerintah kepada rakyatnya. Dengan itu, beliau menjelaskan kaedah terbaik untuk memerintah bukannya menerusi penguatkuasaan undang-undang tetapi melalui penerapan nilai-nilai moral menerusi pendidikan kepada rakyat.

Ajaran yang ditekankan seterusnya adalah mewujudkan ikatan yang kuat dalam masyarakat. Hubungan seperti ini dapat membantu mengawal hubungan manusia di semua peringkat dan strata. Dengan wujudnya jalinan hubungan yang erat ianya umpama ikatan sesebuah kekeluargaan yang sukar diceraikan. Dalam sesebuah keluarga contohnya, ketaatan anak kepada orang lebih tua atau ibu bapa amat penting. Dengan itu wujud tiga hubungan yang penting dalam sesebuah keluarga seperti anak kepada bapa, adik kepada abang dan isteri kepada suami.

Walau bagaimanapun, hubungan yang ditunjukkan ini bukanlah hubungan sehala akan tetapi lebih merupakan hubungan dua hala antara kedua-dua pihak. Golongan bawah pula harus mentaati dan menurut perintah orang yang lebih tua. Dalam konteks hubungan antara anak dengan bapa, Confucius menyatakan bahawa perkara ini harus dijaga dan dipelihara oleh anak-anak.

Keadaan yang sama juga harus berlaku dalam sesebuah negara kerana perkara itu boleh mengelakkan tindakan jahat pemerintah seperti menindas,bergaguh dan berperang terhadap rakyat.

Melalui ajaran yang di bawa oleh Confucius ini, ianya dapat membantu mengeratkan hubungan sesama manusia dalam sesebuah negara untuk tujuan memudahkan lagi urusan pemerintahan dan pemerintah dapat menjalankan urusan pentadbiran dengan baik.

Oleh itu, Confucius telah menambah dua lagi hubungan penting dalam susunan masyarakat iaitu hubungan rakyat dengan pemerintah dan hubungan sesama kawan yang diibaratkan sebagai hubungan adik-beradik. Hubungan sesama kawan biasanya lebih merujuk kepada hubungan sama taraf kecuali dapat dibezakan melalui umur seseorang tersebut.

Antara sifat asas yang ada dalam ren ialah kebaikan benovelence , kemurnian vertue , kasih sayang love dan kemanusiaan. Nilai ren ini membezakan manusia dengan haiwan kerana manusia boleh menghasikan perasaan baik hati,belas kasihan, bertanggungjawab dan seumpamanya. Ren menjadi asas kepada sistem etika dalam Konfusianisme.

Ini bermaksud Li ialah peraturan-peraturan bagi tingkah laku yang betul. Li juga adalah satu set nilai-nilai yang diajarkan oleh orang-orang terdahulu bagi menghasilkan masyarakat yang teratur dan harmoni. Menurut Kung,Li adalah kayu ukur teragung bagi semua perkara politik, sosial dan individu. Li bermaksud kesopanan, budi pekrti dan perlaksanaan upacara-upacara.

HEALTH HOODIA D387 PDF

Menu utama

Confucius Ajaran Konfusianisme ini telah di bawa oleh Confucius. Nama sebenar beliau ialah Kung Chui iaitu Kung merupakan nama keluarga beliau dan Chui merupakan nama sebenar beliau. Selain nama tersebut, beliau juga mempunyai banyak gelaran lain antaranya Tuan Kung. Beliau lebih terkenal dengan gelaran Tuan Kung ini. Beliau telah dilahirkan pada sekitar tahun S.

FENNER TYRE COUPLING PDF

Seri Tulisan Confucius [2] - Ajaran Confucius

Berkenalan Dengan Confucius Tahukah anda tentang Confucius?! Saya sendiri pertama kali mengenal Confucius dari beberapa kata mutiaranya yang sering dipakai dalam beberapa buku atau tulisan yang pernah saya baca. Terus terang, awalnya, pada waktu kecil, saya pikir Confucius itu tak ubahnya sebagai Kung Fu seni bela diri asal China , atau cabang dari Kung Fu, dan kata-kata bijaknya itu sebagai bagian dari ajaran-ajarannya. Dan, ternyata saya keliru, Confucius adalah nama orang. Selanjutnya, seiring bertambahnya usia dan bertambahnya buku yang saya baca, nama berikut kata-kata bijak Confucius menjadi lebing sering kali saya temukan, terutama sekali pada buku-buku filsafat, setidaknya buku yang mengandung filsafat.

EDUCACION AUDIOPERCEPTIVA PDF

Seri Tulisan Confucius [3] - Kitab Ajaran Confucius

Hidup tidak akan terasa sempurna apabila tiada rasa saling memiliki, saling mengasihi satu sama lain. Untuk itulah ayo kita sama-sama belajar bagaimana hidup untuk saling berbagi. Keep Spiritzzzz!!!! Konfusius dikenal dengan ajarannya yang sarat akan moralitas atau kebajikan sebagai landasan utama untuk menjalani kehidupan yang harmonis. Selama hidupnya, Konfusius mengabdikan diri pada kegiatan belajar-mengajar. Ia sangat menyukai belajar.

DIAMOND SUTRA RED PINE PDF

Email Budaya-Tionghoa. Empat Buku merupakan suatu ajaran pokok yang ditulis oleh para pengikut Confucius sampai kehidupan Mencius. Sedangkan Lima Kitab merupakan kitab yang berasal dari era sebelum Confucius. Urutan tersebut tidak konsisten adanya, karena terdapat juga banyak referensi lainnya yang tidak berurutan seperti itu. Empat Buku yang mendapatkan kedudukan di atas Lima Kitab telah menjadi naskah rujukan pokok dalam bidang pendidikan dan ujian negara selama beberapa generasi dalam sejarah Tiongkok semenjak abad ke

Related Articles